Wednesday, January 26, 2011

SWEETNYER KORANG

nanti byk benda aku akn hilang...mesti aku miss ngn semua benda2 sweet yg diorg wat kat aku..bila da lama sgt bersama, semua benda da jadik biasa, tapi bila kita sedar kita kan kehilangan semua tu tak lama lagi, barulah kita sedar benda tu semua luar biasa..bagi aku diorg lah madu, diorglah racun...sebanyak mana pun diorg menyakiti aku, aku boleh lupakan sebab kebaikan yg diorg pernah wat kat aku...ape yg aku akn miss bila diorg da tak der?

  • nanti pagi2 da tak der org nak bagi aku kuih..
  • nanti da tak der org nak peluk n kiss pipi aku tiap kali aku dtg n balik keje..
  • nanti da tak der org nak call n tanya soalan2 ntah hape2 kat aku lagi (sweetnya soalan2 korg )
  • nanti da tak der org nak gelakkn aku bila aku ckp laju2 dkt customer..
  • nanti da tak der geng nk tgk tv n sama2 gelakkan binatang2 dlm national geographic
  • nanti da tak der org nk usik2 aku bila aku kena usha ngn customer
  • nanti da tak der org lagi yg tahu makanan fav aku n sanggup belikan wpn kena jln jauh2
  • nanti da tak der org yg nak tulis msg comel2 kat belakang report aku
  • nanti da tak der org nk panggil aku sayang wpn dpn customer
  • nanti da tak der org nasihatkan aku bila aku moody
  • nanti da tak der org nak backing aku bila kau kena marah ngn boss
  • nanti da tak der org yg nak tlg siapkan keje aku bila aku tak sempat nak buat
  • nanti da tak der geng nak nyanyi sama2 bila ptg2 customer da balik..
  • nanti da tak der org aku nak usik sbb suka tgk sinetron..da tak leh nak bg nama gelaran comel2..
  • nanti da tak der org nk call aku n marah2 sbb aku tak call dia bila kena keje kat caw..
  • nanti da tak der org aku nak ngajuk2..manja2..
  • nanti da tak der org aku nk bagi support..nyanyi cam pom2 girl setiapkali akaun diorg tak tally..
  • nanti da tak der org yg sanggup upah org lain semata 2 utk watkan ot kitorg..
  • nanti da tak der org yg nak tipu2 aku tiap kali tipon bunyi..

byk yg aku akn miss....so sedey....tettttttttt............

bersambung.......

Tuesday, January 25, 2011

mood : muhasabah diri


begitu byk yg berlaku lately ni mengajar aku bahawa manusia sememangnya mementingkan diri sendiri..sellfish...semmgnya perlu mementingkan diri sendiri, tp janganlah sampai melukakan dan menyusahkan org lain...selalulah meletakkan org lain ditempat kita, kalu kita tak mahu org lain menyusahkan kita, kita jgnlah menyusahkan org lain..simplekan?

Senandung Hidup Berbudi
(Ramli Sarip)

Ombak lautan berombak
Mengapa mengubah pasir di pantai
Bayu bertiuplah bayu
Mengapa menjadi ribut dan badai

Begitu kita merancangkan
Belum pasti hadirnya kebahagiaan
Fahamlah apa itu takdir
Akan berseri hidup yang ditadbir

Hidup menggadai harta
Agar diri berharga
Janganlah kau salah mengerti
Kelak kau kan menggadai diri

Mencari penghormatan
Janganlah sampai terkorban
Yang mulia pasti kita hormatkan
Yang rendah jangan dihinakan

Tenang di air yang tenang
Jangan di sangka boleh direnang
Kail panjanglah sejengkal
Janganlah lautan hendak diduga

Itulah pesan orang lama
Menjadi bekal pada yang berusaha
Ingatlah pepatah ini
Menjadi panduan hidup berbudi
moral of da story:
belajarlah utk berbuat baik dan menghormati org lain...that the basic of good life..

Tuesday, January 18, 2011

_____THINKING OF SOMETHING____

WHATEVER YOU HAVE IN YOUR MIND - FORGET IT

WHATEVER YOU HAVE IN YOUR HAND - GIVE IT

WHATEVER IS TO BE YOUR FATE - FACE IT


MORAL OF DA STORY:

aku sedang:

melupakan segala masalah
memberi sekadar yg mampu
mendepani segala qada' n qadar

Thursday, January 13, 2011

EDUCATION SYSTEM

saja aku tulis tittle dlm english...kalu aku tulis in malay mesti org tak nak baca punya.. sebab tajuk dia boringkan..peduli apa aku..bagi aku education la bendalah yg paling penting...semua perkara dlm dunia ini bermula dr ilmu right? kalu tak, knp wahyu pertama pun menuntut kita utk mencari ilmu..disitulah bukti peri pentingnya ilmu dlm kehidupan kita tau tak..disebabkan aku ni mmg suka pikirkan masalah org n masalah negara dr masalah sendiri maka aku pun nak memikirkan masalah education sytem kat negara kita ni...lately ni hangat tol isu novel interlok yg nak dijadikan buku teks utk sastera tu..tak faham tol aku ngn org malaysia ni...semua benda nak dipolitikkan..agaknyer sebab diorg ni tak der keje lain kot...idup da terlalu selesa..lainla org kat palestin tu bgn2 jer nak kena pikir camane nak fight ngn israel..nak bebaskan tnah air diorg..kalu org afrika, nak kena pikir mana nak cari makan..tanah mana nak kena gali...tak de masa diorg nak politikkan benda2 kecik ni...korg tgk tu,betapa tak bersyukurnya org malaysia ni kan...aku tak kesah kalu diorg nak politikkan bendalah lain...tapi ni pasal masa depan anak bangsa kita, pembelajaran n pendidikan diorg...future beb..future..ape sgtlah isu novel interlok tu..saja je diorg nak besar2kan...GAPENA da lahirkan rasa kekesalan diorg..penulis nyer pun da bersuara..tapi isu ni masih gak tak selesai2..smlm pun paper da keluakan memcm komentar berkaitan isu ni...naik muak aku nak baca...dahlah dulu isu PPSMI hangat didebatkan..lastly dimansuhkan sepenuhnya 2012 nanti...cukup cukuplah kita mempolitikkan isu2 berkaitan pendidikan ni...biarlah adik dan ank2 kita belajar n mendapat pendidikan yg sewajarnya ngn sempurna tanpa isu2 politik ni....kalu difikirkan balik, PPSMI tu tak perlu kita debatkan, tak timbul isu bahasa melayu dipinggirkan sebenarnya..korg tgk sendiri sape pencetus idea utk PPSMI..mantan PM kita ok..Dr.M..sape lagi yg lebih memperjuangkan bangsa melayu selain dr Dr.M kat tanah melayu ni..so, tak de isu, tak kanlah seorg yg dianggap ultra melayu nak meminggirkan bahasa bangsa nya sendiri...beliau cuma mahu ank bangsanya berdaya saing tu je..tapi...disebabkan dipolitikkan, maka tgklah apa da jadik..ank bangsa kita juga yg rugi..aku taknak la ulas byk2..keputusan da dibuat, so sbg warganegara yg patuh dan tak nak dituduh derhaka...aku akur walaupun agak tidak bersetuju...cakap2 ttg PPSMI ni, korg tahu tak amende bendalah tu..kalu tak tahu, rajin2 ler membaca n amik tahu ttg isu2 semasa yer, kalu tahu..bagus..aku suka ngan org yg update ngn isu2 semasa ni..menunjukkan kita seorg warga yg prihatin ye.. sebenarnya aku agak terkesan kalu mengulas tentang pendidikan ni..dr dulu aku diajar utk mementingkan ilmu..so bagi aku ilmu itu benda yg paling penting, paling basic..aku harap sgt tak kan ada lagi isu2 pendidikan yg dipolitikkan pada masa depan...dr sehari kesehari, aku dpt rasakan education system kita lbh mementingkan kuantiti dr kualiti..bila result PMR n SPM diumumkan malah UPSR pun, yg dititikberatkan bape byk A yg student ni score...adoiyai..berlambak2 yg dpt A ko..korg rasa maser zaman dulu2 berlaku ke situasi camni? tidak yer..masa zaman en.abang aku dulu, (merangkap along aku yer, jgn salah sangka disini) kalu dapat pangkat 1 tu, bole dikira dgn jari ok...siap wat kenduri lagi...tgk tu, betapa berkualiti nyer diorg zmn dulu2..tapi skang? aku tak kata aku tak iktiraf student skang ni, tapi tahap keekslusifan diorg tu da kurang...mai aku cite satu rahsia kat korg, utk score dlm sesuatu subject tu sebenarnya ada trick..kenapa aku kata ada tricK sebab aku da wat eksprimen tau..kisahnya masa aku form 3, masa tu aku nak amik PMR..disebabkan en.abang sgt menginginkan aku amik sains stream, maka en.abg telah memerintahkan aku utk score A dlm sains..tak bole nak blah abg aku ni..aku ni dah lah tak minat sains...aku pun menyuarakn pendirian aku masa tuh..aku tak nak n tak bole score ok..tapi en.abg telah mencadangkan aku utk dijadikan bahan ujikaji..en.abg menyuruh aku membuat latih tubi yg byk...wat sebape byk buku latihan yg ada..maka sbg bahan eksperimen en.abg, aku telah membuat latihan seberapa byk yg boleh..setiap hari tu beb...tanpa gagal..aku rasala kan ada lah dlm sepuluh buku latihan aku khatam..lama kelamaan aku dpt kesan satu perkara..apedia? sebenarnya soklan2 ni akn berulang2 ditanya dlm satu2 masa..bermaksud.. bentuk soalan dan eksperimen adalah sama, yg ditukar cuma label2 nya saja..sbg cth, buku yg pertama akn melabelkan tabung uji sbg A, B, C..buku yg kedua akan label K,L,M...tapi soklan adalah sama n of course lah jwpn pun sama...lama2 aku dah hafal soklan n jawapan nyer sekali...toksah nak cite la kalu aku bole score dlm trial..yg tak bole nak aku terima tu..aku bole dpt A ko dlm PMR..subjek sains tu...nampaknyer ujikaji en.abg telah berjaya...itu yg aku maksudkan dgn kualiti..aku dpt score bkn sebab aku menguasai subjek tu, tp sebab aku da biasa n hafal soklan n jawapan..cubala korg tnya konsep n kenapa sesuatu hasil eksperimen tu terjadik camtu? sumpah aku tak bole jwb...ini bermaksud..aku tak der kualiti dlm sains cuma aku menyumbang kuantiti dlm statistik org yg score A dlm sains...so, aku tak masuk pun sains stream sbb tak score dlm math..nampak tak, tak der keseimbangan kat situ...kita bole dpt bape byk A pun, tp utk apa kalu kita sebenarnya tak menguasai pun subjek tu...belajar utk peperiksaan, bukan utk ilmu..rugikan kalu camtu? aku tak bermaksud nak merendahkan adik2 pelajar kita skang, tapi bagi aku kita yg menyebabkan diorg lebih mengejar kuantiti dr kualiti...ntahler....masing2 ader persepsi sendiri..aku harap satu hari nanti kita akn lebih memandang kualiti dr kuantiti bila berbicara tentang pendidikan...en.abg pun berfikiran spt aku..kitorg byk discuss psl education system ni...aku suka sgt bila berckp en.abg..dia byk idea n info yg aku tak pernah tahu..walaupun dulu dia da jadikkan aku bahan ujikaji dia, tapi bagi aku at least dia da bukak mata n minda aku pasal kualiti n kuantiti..mgkn sebab dulu dia sains stream, maka dia nak aku amik sains gak..maka dia da bertindak kejam paksa aku dapat A..tak pela..benda pun da lepas..kalu nak ikutkan dendam,mahu aku pow dia satu laptop...hahaha....tabik spring kat you la ann...("ann" adalah panggilan si gula ati utk en.abg yer...sape si gula ati?..akn diterangkan next entry ye..)..


da lah..mari kita jump to the conclusion..spt biasa:

MORAL OF DA STORY:

# korg cariklah ilmu sebyk yg bole, tak bermaksud da grade kita tak perlu belajar lagi, proses mencari ilmu itu perlu berterusan selagi kita idup..


#tak perlu mempolitikkan isu2 remeh ni, biarlah ank2 n adik2 kita neutral dr isu politik ni..penatlah wei nak layan karenah org politik ni..


#kualiti itu lebih bernilai dr kuantiti


#kalu nak taip entry panjang2, duduklah dgn posisi yg betul yer...sebabnyer??? aku da sakit tengkok n pinggang ye....huhuhuhuhuhu..............


adiosaaa..............................................................................

Wednesday, January 12, 2011

NASIHAT

Kenapa aku nak cakap pasal nasihat..sebab..aku antara org yg selalu dinasihatkan. aku pun tak tahu kenapa bila aku borak2 event tengah gossip2 pun, mesti ada kata2 nasihat utk aku..aku rasa muka aku ni muka jenis nak mintak nasihat kot...(muka mintak nasihat ok, bkn muka mintak penampar..tolong jgn salah faham disini..)..selalunya nasihat2 ini diberi secara percuma oleh abg2, kakak2, makcik2 n adik2 kat opis ni...tak pun member2 aku yg tak berapa nak amat kat dunia cyber ni...so arini aku kan kongsi antara nasihat2 yg paling aku ingat..bkn saja apa nasihatnyer..malah situasi dan sape yg bagi nasihat tu pun aku hengat...tapikan antara nasihat2 ni yg paling byk menasihati aku of coursela pn. mak yer...(mak aku la tuh)..aku ni jenis kalu ader masalah aku nak settlekan cepat, so mak aku nila yg selalu nasihatkan aku utk sabar n etc...aku ni bukan nyer tak sabar, tapi kalu personal problem mmg aku nak settlekan cecepat..aku byk lagi masalah lain nak fikirla beb...tu bini david beckham tu, da pregnant, ntah dpt ank pompuan ke tidak agknya, kalu dpt ank pompuan nak bagi nama aper..kalu tak dpt ank pompuan nak jwb aper kat press..tu aku nak kena pikir tu.....si sapee salee siharimau malaya tu..dpt offer kelab kat indon, nak terima ke tak nak? kalu dia terima offer tu, dia kena stay kat sana..abis tu team malaysia, camane? aku gak nak kena pikir..abis tu kes SUK kat selangor lagi, peniaga2 kat penang..belom masuk lagi kes minyak masak kena sorok...tu semua aku nak kena pikir..so, aku takder masa nak pikir personal problem aku k..sebab tu aku nak settlekan jer cecepat..walaupun aku settlekan ngn beremosi yg teramat...so disinilah peranan pn.emak utk menasihati aku ...kat mana kiter tadi?

bukan aku nak cite pasal nasihat ker tadi?? berbalik pd nasihat2 yg terpahat kat kepala hotak aku...ni la senarai2 nyer....tadaaaa...

NASIHAT 1
antara nasihat yg paling aku ingat..diberikan oleh seorg ketua jabatan masa aku mula2 masuk keje dulu..
'kalu jumpa org, senyum..tegur..jgn datang keje, balik keje jer..bercampur ngn kwn2 pejabat..ko jgn nak menyombong tak tentu pasal.."
mcm kasar bunyinyer kan..tapi inilah antara nasihat terawal yg aku terima masa mula2 keje dulu..disebabkan aku org yg mendengar kata, maku aku ni pun tersengih2 tak tentu pasal kat ofis..senyum n berkawan ngn semua org..effectnyer? aku dapat ramai kawan n senang nak mintak tolong kat kwn2 opis...bila fikir balik, mmg betul nasihat ni n sgt berguna wat aku...kalu lah aku tak dgr nasihat ni dulu, mgkn aku ni jadik org yg paling di anti di pejabat ni....mana la tau kan...thanks n kredit utk sipenasihat pertama..

NASIHAT 2
ni nasihat oleh sorg abg kat aku...masa ni kitorg tgh syok dok gossip org lain..gossip eh, bkn mengata..gossip sekitar kenapa suami n isteri selalu tak sehaluan dlm membuat keputusan..yg tak bole blah nyer, nasihat ini dr seorg lelaki...seorg lelaki ok..
"jgn mengharap sesorg tu akan kekal ngn sikap dia, kdg2 diorg byk cover je masa mula2 nak kenal kita...nanti da kawin barula tahu siapa di sebenarnya..jgn letak harapan tinggi sgt" (ayat telah dimodenkan, masa abg ni bagi nasihat, ayat dia kg jer.. tapi bagi tujuan komersilkan aku telah memodenkannya dgn menukar nahu n tatabahasa, namun maksudnya tetap sama)
tak caya kan nasihat ni dtg dr seorg lelaki...aku respek ngn abg ni, wpn dia ni tak hempuk sgt n tersangat sengal, namun dia tlh menasihatkan aku dgn jayanyer...dia tlh berjaya mengimpresskan aku tu..

NASIHAT 3
dinasihatkan oleh seorg makcik...makcik yg tersgt pemurah n sgt kreatif..dia watkan kek tunang yg sgt cantik n sedap tau..kek biasa jer, hias ngn biskut kati tu..tapi hasilnyer sgt marvelles..the best part, bendalah tu free..aku suka sgt ngn makcik ni..bkn sbb dia bg kek free, tapi sebab dia seorg ibu tunggal yg sgt tabah..semua ank2 dia berjaya walaupn dia sorg2 jer yg besarkan diorg semua..nasihat dia..
"nak wat pe kita berdua kalu hati kita tak tenang..kalu sorg2 n kita mampu, teruskan je..jgn takut sebab bkn org lain yg tentukan nasib kita, tapi kita sendiri..'
nasihat diberi ketika kitorg borak pasal knp dia tak kawen lg selps berbelas tahun...sgt sedih, tapi aku termotivasi...ni bkn pasal kehidupan berumahtangga jer, tapi dlm kehidupan harian kita gak, jgn terlalu harap pada org lain utk tolong kita..kalu mampu, kita usaha sendiri....kita yg tentukan nasib n kebahagiaan kita sendiri..thanks makcik...sgt rindu pada kamu..

NASIHAT 4
"siapa pun pemimpin kita, mesti ada kekurangan...yg penting kita aman n hak kita terpelihara..jgn mudah terpengaruh'
agak politik bunyinyerkan? memanglah..ia adalah dr seorg abg yg telah mempolitikkan dirinyer..aku setuju banget ngn abg ni..dialog ni tercetus masa nak PRU dulu..aku ngn dia borak psl pucuk pimpinan kerajaan kita yg agak bergolak masa tu..kata2 abg ni wat aku sedar siapa pun pemimpin kita, pasti ada kita tak puas ati..kalu kita jadi pemimpin pun, mesti kita nak tlg n naikkan family n kekawan kita dulukan..so, tak ader bezanyer..yg penting, kita terus amn n hak kita terpelihara..jgn kerana marahkan individu, kita nak pertaruhkan masa depan negara..nak ubah kerajaan yg kita dah tahu track rekodnya yg bersih pd kerajaan yg kita tak tahu hala tuju perjuangan diorg...jgn nak memasal....so politikus la aku today...huhuhu..

NASIHAT 5
"serahkan semua pada Allah, dia tahu ape terbaik wat kita"
kata2 ni tercetus masa aku tgh menyelesaikan masalh sorg kakak...camane ek, aku tgh nasihatkan dia tetiba lak dia yg nasihatkan aku..aku pun tak faham..masa ni akak ni ada problem ngn business partner dia..aku nasihatkan dia, dia nasihatkan aku..aku nasihatkan dia, dia nasihatkan aku..aku nasihatkan dia, dia nasihatkan aku..lama2 terkeluarlah ayat ni...tak perlu ler aku komen, sebabnyer mmg kata2 ni terbukti benarkan...

NASIHAT 6
nasihat tak bole blah dr sorg kakak..kenapa aku kata tak boleh blah..sebab nasihat ni termasuk dlm kategori nak smash org k...nasihat ni tercetus masa dia tanya knp aku ni single..walaupun agak membunuh jiwa, tp bila aku pk balik..akak ni bg nasihat mengikut persepsi dia..dia tak tahu kisah idup aku, so dia cuma menasihati tanpa prejudis...
"jangan memilih sangat"
sgt laser..tapi amat menyedarkan..dlm apa jua situasi, kita jgn terlalu mencari kesempurnaan..jgn terlalu perfectionist...sebabnyer takde aper yg sempurna kat dunia ni kecuali ALLAH..mgkn akak ni nasihatkan aku dr segi teman hidup, tapi tak salah kalu aku aplikasikan utk tujuan hidup yg lain kan..

NASIHAT 7
"jgn syak wasangka kat org n jgn berfikiran negatif"
di nasihatkan oleh sorg adik k...aku ni ader sikap yg suka sgt berfikiran negatif kat org, nasihat ni tercetus setiap kali aku mintak pendapat n nasihat dr adik ni..bila ader masaelah..adik ni la yg selalu coolkan aku..motivasikan aku..walaupun dia adik, tp dia boleh guide aku..hasil dr nasihat adik ni lah aku jadi lbh positif n cool..aku tak mudah melenting..berfikiran lbh rasional n tak mudah nak syakwasangka lagi.. sebelum aku wat pape keputusan drastik pn, aku akan rujuk dia dulu..sape kata yg lebih muda tak bole nasihatkan yg lebih tua..kitorg da buktikan...

aku raser cukuplah aku share 7 nasihat ni dulu..next time aku share yg lain pulak...pehal aku nak taip byk2..report boss aku nak pun tak siap lagi nih..
so kali ini conclusion adalah ayat dr pn.mak..ini adalah kerana setiap kali aku diberi nasihat, aku akn cite pd puan mak...pn.mak ni kan diary bergerak aku..semua cite aku dia tahu....luv u mummy....
moral of da story dr pn.mak;
"jgn tgk sape yg cakap, dgr ape yg dia kata...kalu org tak suka kita, tak sayangkan kita..org tak nasihatkan kita..org nasihat pun ko nak terasa..nak kecik ati.."

maksudnya: kita jgn tgk sape yg nasihatkan kita, tapi apa yg dia nasihatkan kita..selagi namanya nasihat, tentu ia sesuatu yg baik..walaupun org yg nasihatkan kita tu bukan org yg baik, tapi nasihat dia tu tetap yg baik kan..korg paham tak?? kalu tak paham, aku terangkan next entry...weyyy...aku dah letih menaip la......adios......................................................................

Tuesday, January 11, 2011

AKU NAK BERB3LOG....2011

ASSALAMUALAIKUM....

Ok fine..dah 12 ari masuk tahun baru, tapi aku baru nak nyibuk2 nak update pesal ni dlm belog aku yg dah berjaman tak diupdate...memandangkan azam tahun baru aku adalah rajin mengupdate belog aku yg ini, maka aku pun melaksanakan azam yg baru ini dgn jayanya walaupun dah lewat 12 ari ok...plus..aku nak berblog je skang...tak mu lagi berfb or twitter..alasan?..sebab, aku rasa fb telah memporak perandakan idup aku...mula2 aku tak bole nak bukak fb member2 aku..cam kena blok..pastu password aku lak tak leh nak match ngn user id aku..bayangkan aku just bole bukak fb guna email jer...tak ke meroyan namanyer..acara plg kemuncak lak ,lately ni ramai member aku tanya knp diorg tak bole bukak fb aku...nak search pn lagilah hampeh..aikkk...pelik tol ni...hinggalah kejadian di satu pagi...ni skrip yg telah diolah sebyk 15kali ok...

situasi: kat opis..aku sedang terhegeh2 nak bukak kunci pintu...(walaupun terhegeh2 tapi sungguh ayu ngn baju kurung ijau pucuk pisang...perasan...) .Tetiba sorg officemate berdiri belakang aku..

pn.officemate(bkn nama sebenar) : kak.. org nak mintak maaf..

aku(bkn nama sebenar gak) : mintak maaf kenapa?

pn.officemate: org ada wat salah ker kat akak...sakitkan ati akak..

aku(pelik...dah mcm cite sembilu ler pulak).. :tak der pun..knp ni?

pn.officemate: akak remove org kat fb eh..org search akak tak leh..tak jumpa pun..

aku: tak derla..masuk ko ni da 5 org tanya benda yg sama kat akak..akak tak remove la..mgkn someone yg ada password akak..jgn risaulah..tak der pape..nanti akak add balik..

sampai situ jer ye...yg sebenarnya skrip dia panjang...penuh ngn ayat2 aku nak pujuk ati member sorg ni..plus kitorg sempat le gossip yg fb nak ditutup bln mac nanti...hahaha...ok,back to da story...aku telah disalahsangka disebabkan oleh fb ni..seriously, aku amat terkesan bila officemate ni personally tanya camtu..aku tahu dia amat terasa bila tak bole cari aku kat fb. .tapi aku harap dia faham ngn situasi aku..aku da terangkan hal sebenar kat dia, siap bersumpah tu..sebab aku rasa aku da wat org tak senang ati..bila org tak senang ati, aku lagila tak senang ati...tak senang duduk ko...pd officemate tu..kalu dia baca belog ni..aku harap sgt dia tak salah faham kat aku...thank 4 understanding me darling...u know who u are...............
since that day, aku da malas nak bukak fb lagi..

SO..
pada yg da hack fb aku, da tukar password aku..da remove friend aku..da blok member aku tu...................aku mungkin tak tahu dia sape..tapi Allah tahu..

pada member2 yg da menjadi mangsa..im so sorry...nanti kalu aku da nak berfb balik..aku akan add korg semua blk...

mulai arini nak berblog jer...lain da tak mu..belog ni akan aktif semula kerna belog yg lagi satu akn dipasifkan yer...harap maklum...

(walaupun entry ni tak islamik..tapi fikirkanlah moral disebaliknya)
MORAL OF DA STORY.....
jgn susahkan org lain kalu tak nak diri kita susah
jagalah ati org lain ye
berdepan ngn masalah n berterus terang itu lebih baik..(cam officemate aku tuh)
da most important thing...Allah Maha Mengetahui