Tuesday, May 11, 2010

BERTUDUNG


Korang kenal tak Ustaz Zulramli ? Ala..ustaz yg terkenal ngn buku UTURN KEMBALI KEJALAN LURUS tu..Baru-baru ni ada terbaca satu entry kat blog dia..Macam2 perasaan aku masa baca entry tu..Tingginya martabat seorang wanita apabila menutup aurat..Rasa hormat dan kagum pada arwah adik Ustaz Zulramli ni...Macamanalah agaknya kita kalau berada ditempat arwah..Mampukah kita memelihara aurat seperti itu..Pohonlah pada Allah agar kita diberikan kekuatan utk terus istiqamah dalam memelihara aurat kita..Aku tahu tak mudah, tapi sebenarnya tak sukar..Dulu, masa amik diploma kat kampus aku pun pernah bukak tudung. Yela masa tu zaman remaja, takut kawan2 kata kolot kalu pakai tudung..Selalunya aku bukak tudung bila g pantai atau air terjun...masa tu kononnya malu ngn kawan2 kalu pakai tudung masa mandi laut..Astaghfirullahalazim...jahil tul aku masa tu...Lama kelamaan kesedaran tu datang sendiri. Masa amik degree, batch kitorg wat trip g langkawi. Masa tu g Tasik Dayang Bunting..Sebab terpengaruh ngn kwn2 yg kata rugi tak masuk tasik tu, aku pun masukla..aku nekad..dengan tudung2 sekali..Kawan2 aku yg bertudung cam aku pun joint sekali..Tak de sape pun ketawakan kitorg..Maksudnya selama ini aku takut ngn tanggapan org pada aku, padahal diorg tak de apa2 pun..Aku terfikir kenapa aku lebih takut pada pandangan org pada aku, tapi aku tak takutkan Allah...Sejak aritu aku nekad aku tak akn bukak tudung lagi..Sampaila da bekerja ni, kalu ader trip g mana2 aku tetap ngn tudung aku..Memangla mula2 diorg sindir2, tapi bila kita terus istiqamah dan konsisten, diorg akan diam sendiri nanti..Officemate pun lebih hormatkan aku...Aku senang sekali hidup cmni..Aku berdoa moga aku terus istiqamah ngn cara hidup cmni apalagi setelah baca entry Ustaz Zulramli yg penuh inspirasi ni..Ni aku share entry tu ngn korg..Renung2kan...

PELIHARALAH ALLAH - ALLAH MEMELIHARAMU
Saya sentiasa rasa hormat penuh kagum kepada kaum wanita yang bertudung. Kekaguman itu punya alasan paling wajar. Mereka berjaya melaksanakan sesuatu yang sukar sebenarnya. Perintah Allah yang satu ini sekiranya diturunkan kepada kaum lelaki tentu lebih ciput yang mampu melaksanakannya. Bayangkan walaupun di bawah terik mentari atau di tengah keserapihan tugas aurat tetap dijaga. Tudung adalah simbol maruah diri yang dipertahankan oleh seorang muslimah sepenuh jiwanya. Perasaan penuh bangga kukuh di hati kerana yang memerintahkan itu adalah Allah. Perintah ini secara khusus adalah buat isteri Rasulullah dan wanita-wanita mukminah. Suatu kedudukan tertinggi di kalangan wanita apabila di samakan barisan bersama isteri dan anak-anak Rasulullah.Bagi yang belum mampu kita doakan pada suatu hari mereka akan dapat melakukannya selari dengan kehendak Allah. Di sini mari kita melihat kenapa sesuatu perintah itu boleh dilaksanakan oleh manusia dan ada yang tidak mampu dilaksanakan. Semua perintah Allah itu tentu sekali demi kemaslahatan manusia sendiri di sampaing ianya tidak memberatkan manusia. Ertinya Allah maha tahu bahawa perintah tersebut berada di dalam batas keupayaan manusia biasa untuk melakukannya.Imam Ghazali di dalam kitab Mukasyafatul Qulub membuat satu tamsilan menarik, ia adalah mengenai unta yang dimabuki rindu pada pasangannya. Bila untuk dimabuki rindu akan terjadi dua perkara ; Pertama dia tidak peduli tentang makan dan minum lagi. Kedua, dia tidak pedulikan sebanyak mana beban yang dipikulkan ke atasnya.Apa kaitan unta mabuk rindu dengan manusia ?Moralnya, apabila manusia itu kenal dan cinta kepada Allah dalam aqidahnya, dia tidak akan peduli dua perkara; Pertama, dia tidak peduli apa yang dimakan dan minum, ertinya dia tidak peduli untuk meninggalkan apa yang ditegah oleh Allah. Tidak sukar baginya untuk meninggalkan apa yang Allah tetapkan sebagai haram. Kedua, dia tidak kesah tentang beratnya perintah syara’ yang di bebankan kepada dirinya. Kasih menjadikan seorang manusia kuat melaksanakan apa yang diperintahkan walaupun kelihatan amat sukar bagi orang lain yang tidak ada kasih Allah dalam hatinya.Kita kembali kepada golongan wanita dengan tudung mereka. Mereka tentu sukar memakai tudung ketika waktu panas, namun keimanan di dalam membuatkan meraka mampu, desakan iman di dalam hati menjadikan kepanasan itu dingin buat mereka. Saya lebih memahami ini apabila tiba musim sejuk di barat, orang ramai tidak boleh keluar dari rumah kerana kesujukan menggigit sehingga ke tulang sumsum. sekira keluar, mereka keluar dengan pakaian tebal berlutup dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki. Berat pakaian pula berkilo-kilo. Tetapi kita akan kaget apabila melihat kepada kaum wanita yang keluar dari rumah memakai skirt pendek dengan hanya stoking nipis membalut kulit. Di dalam cuaca melampau begitu , kenapa mereka begitu kuat dan tidak memakai pakain tebal ? jawapan bukan pada cuaca tetapi bagaimana hatinya! Keinginan mempamer susuk tubuh, mendiang diri daripada rasa sejuk melampau. Bukan soal luaran tetapi dalaman ! jadi kefahaman ini boleh kita terbalikkan ke musim panas dan wanita boleh mengenakan tudung, saat luaran nampak panas sekali. Bagi yang bertahan syabas, setiap saat itu adalah perhatian Allah dan pahala yang teramat besar sebagai petunjuk kepada kasih sayangNya.Semua ini membawa ingatan saya kepada detik-detik terakhir bagi hayat adinda Hazirah. Di katil hospital dia terlantar, antara menahan kesakitan itu dia memilih mempertahankan syariat. Dia akan meminta tudungnya dilabuhkan apabila ada lelaki lain yang datang atau menziarahi katil sebelah. Saya masih ingat pada kerut di dahi dan rahang dikancing keras ketika dia menahan kesakitan… .ada air matanya teralir kerana sakit itu , tetapi tanganya akan meminta agar kami menutup ramput apabila ada yang terjuntai keluar. Semoga Allah menilai itu buat dirinya lalu memeliharanya di Alam Barzakh, Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam At Tirmizi daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda;
احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ
Peliharalah Allah, Allah memeliharamu.


No comments:

Post a Comment