Pernah tak anda melalui satu peristiwa dan peristiwa tu meninggalkan kesan yg mendalam pada anda??Saya tidak menyangka saya dapat belajar sesuatu yg amat bermakna dan meninggalkan kesan serta perubahan dlm hidup saya hanya dengan melihat satu peristiwa kecil didepan mata. Ceritanya bermula apabila saya berhenti disatu persimpangan traffic light....tetiba saya ternampak seorang pakcik ingin menyeberangi jalan..Dari pakaian pakcik tu saya dapati dia bekerja dipbt tempat saya bekerja..bekerja sebagai pemungut sampah bermotor. Saya terus memerhatikan pakcik tu..Rupa2nya pakcik tu nak menyeberangi jalan untuk memungut bangkai kucing yg berada betul2 di garisan putih ditengah2 jalan..MasyaAllah..tetiba saya terasa amat sayu..Pakcik tu sanggup meletakkan motor ditepi jalan dan menyeberangi jalan yg sesak semata2 untuk memungut bangkai kucing tu..Pakcik tu menjalankan kerjanya dengan ikhlas, membahayakan diri untuk tanggungjawab pada kerjanya...Meskipun bos pakcik tu tak melihat dia melakukan kerja tersebut, tapi saya percaya pakcik tu melakukannya kerana dia tahu tanggungjawab dia..Dia tahu Allah Maha Melihat..Mungkin pakcik tu tak akan dapat anugerah pekerja contoh apatah lagi pekerja cemerlang ditempat saya bekerja..tapi pakcik tu insyAllah akan diberi ganjaran oleh Allah..Pagi tu saya pergi kerja dengan mendapat satu pengajaran yang amat berguna..Saya jarang mahu bersyukur..Apalah sangat kerja saya kalau hendak dibandingkan dengan kerja pakcik tu yg penuh dengan bahaya, bau busuk dan menuntut kudrat yg bukan sedikit..Itupun saya nak bermalas2 dan berkira dengan kerja..Saya perlu mencontohi sikap pakcik tu..Mungkin Allah nak mengajar dan menyedarkan saya dengan memberi peluang pada saya menyaksikan peristiwa tersebut..Sebenarnya kalau kita berfikir banyak pengajaran dan pelajaran yang kita boleh belajar setiap hari..Semenjak hari tu, setiap kali saya melalui jalan yang sama utk ketempat kerja, saya akan teringatkan pakcik tu..Bukan kerana pakcik tu hensem, tapi kerana saya dah mempelajari sesuatu yg berguna dari dia..Moga pakcik tu sentiasa dibawah rahmat Allah hendaknya..
Moral of the story:
i-kerjalah dengan sebaik2nya..walaupun bos kita tak der memerhatikan kita setiap masa tapi kita hendaklah sedar Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui..
ii-sentiasalah berbuat kebaikan..kita mungkin tak sedar ada org yg akan mempelajari sesuatu dr kita setiap hari..kalau kita melakukan perkara negatif,takkah ia akan memberi contoh buruk pada org lain nanti..
iii-setiap yg Allah jadikan tidak pernah sia2..mungkin pada kita sampah hanya sampah semata..mungkin kita tak sedar dengan kewujudan sampah tu lah pakcik tu punya pekerjaan dan dapat menyara keluarganya..SubhanAllah..Allah Maha Besar..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment